Kajian tentang permainan congkak
Menurut survey atau pengumpulan data yang telah saya buat di sekolah dan di rumah, banyak orang yang berasa bahawa bermain congkak sangatlah seronok dan tidak membosankan. Beberapa orang biasanya akan bermain congkak bersama keluarga mereka selepas makan malam di rumah. Bermain congkak adalah hal yang sangat mengasyikan kerana kita dapat berlomba untuk memenangkan permainan ini.
Beberapa orang tidak menyukai permainan ini kerana mereka menganggap bahawa bermain congkak hanya akan membuang masa mereka dan mereka tidak suka bermain permainan yang sudah kuno ini. Mereka lebih tertarik dengan permainan yang moden pada zaman sekarang ini.