<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8068093525789420673\x26blogName\x3dbb2008mariana\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://bb2008mariana.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bb2008mariana.blogspot.com/\x26vt\x3d7724273091730087671', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
YOURURLHERE @blogspot.com ♥
July 21, 2008

Nilai-nilai budaya

Ketelitian, kecerdasan dan kejujuran sangat dibutuhkan di dalam permianan congkak ini. Ketelitian dituntut agar ketika kita memasukkan buah congkak tidak salah seperti memasukkan buah congkak ke lubang induk pemain lawan. Kita juga membutuhkan kecerdasan agar kita dapat memenangkan permainan tersebut. Kejujuran dibutuhkan agar kita tidak merugikan lawan main kita sewaktu lawan main kita sedang lengah atau tidak melihat.

http://culture.melayuonline.com/?a=cXd3ei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=
July 19, 2008


Sebab-sebab permainan congkak masih harus dilestarikan

Menurut saya, permainan congkak ini harus kita pertahankan kerana ia sudah wujud dari dulu. Saya pun sering bermain permainan ini semasa saya masih di bangku sekolah dasar. Saya mulai memainkan permainan ini sejak saya berumur 6 tahun. Menurut saya permainan ini sangat seronok dan kita pun dapat melatih kemampuan otak kita kerana permainan ini sangat membutuhkan pemikiran yang panjang. Kita dapat memenangkan permainan ini dengan sering-sering bermain. Congkak harus kita lestarikan kerana pada masa mendatang kita dapat memperkenalkan dan mengajarkan generasi penerus kita untuk bermain permainan tradisional.


July 18, 2008

Kajian tentang permainan congkak

Menurut survey atau pengumpulan data yang telah saya buat di sekolah dan di rumah, banyak orang yang berasa bahawa bermain congkak sangatlah seronok dan tidak membosankan. Beberapa orang biasanya akan bermain congkak bersama keluarga mereka selepas makan malam di rumah. Bermain congkak adalah hal yang sangat mengasyikan kerana kita dapat berlomba untuk memenangkan permainan ini.

Beberapa orang tidak menyukai permainan ini kerana mereka menganggap bahawa bermain congkak hanya akan membuang masa mereka dan mereka tidak suka bermain permainan yang sudah kuno ini. Mereka lebih tertarik dengan permainan yang moden pada zaman sekarang ini.
July 17, 2008

Bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan untuk membuat congkak .

Peralatan yang dapat kita gunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu sesuai dengan selera kita masing-masing. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian kita letakan tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.

http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm
July 16, 2008

Cara-cara bermain congkak

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, lalu kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Jika buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm
July 15, 2008


Asal usul congkak

Congkak ialah permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, dan kemudian tersebar ke Asia Tenggara terutama di kerajaan Malaka melalui dunia perdagangan. Pada zaman dulu, congkak hanya dimainakan oleh keluarga istana, seperti putri-putri raja. Tetapi sejalan dengan waktu, sekarang congkak telah dikenal oleh rakyat-rakyat biasa.
Congkak mempunyai sebutan yang berbeza-beza bergantung dengan negaranya.

http://culture.melayuonline.com/?a=cXd3ei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=
July 12, 2008


Sebab-sebab permainan wau perlu dilestarikan dan kerelevenannya pada masa ini.

Saya berfikir bahawa permainan wau sangat perlu dilestarikan dan dikembangkan kewujudannya. Permainan ini telah wujud sejak zaman sekitar kurun kelima belas. Maka daripada itulah kita harus tetap mengembangkannya sehingga ia masih dapat wujud sampai nanti-nantinya. Kita harus menghormati nenek moyang kita yang telah mewujudkan permainan wau ini. Permainan wau juga sangat senang untuk dimainkan kerana ia hanya boleh bergantung kepada tiupan angin dan tempat di mana kita bermain. Seharusnya jika kita ingin bermain wau, kita perlu bermain di tempat yang lapang dan yang mempunyai tiupan angin yang kencang.
July 8, 2008

Kajian tentang permainan Wau

Saya telah membuat kajian tentang permainan wau ini. Saya bertanya kepada teman saya yang bernama Sherly. Dia bilang bahawa dia tidak suka bermain wau kerana di daerah rumahnya tidak ada angin dan dia pun tidak suka kerana pada siang hari matahari sangat panas dan boleh merusakkan mata. Jadi kita tidak boleh bermain wau jika daerah tempat kita tidak ada angin.

Dua orang daripada teman saya yang bernama Hafiza dan Irra pun sangat suka bermain wau.
Mereka bilang bahawa bermain wau itu sangat seronok dan dapat menghilanggkan perasaan tekanan yang mereka hapadi.
July 6, 2008

Bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan untuk membuat Wau

Saya berasa bahawa pembuatan sesebuah wau agak sulit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Kita harus merangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya dan diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Setelah rangka telah disiapkan tampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna sesuai dengan selera kita masing-masing. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan di udara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.
Memang cara membuat Wau ini agak sulit, tetapi bagi saya permaianan wau ini sangat menarik dan juga wau yang telah dibuat akan bertahan lama jika dirawat dengan baik.


http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm
July 4, 2008


Jenis-jenis Wau

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding.

http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm


July 2, 2008


Cara-cara bermain permainan Wau

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.


http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm
July 1, 2008


Asal usul permainan Wau


Permainan Wau ialah permainan tradisional bangsa Melayu yang memang cukup terkenal dan sudah dimainkan sekitar kurun kelima belas. Permaianan ini sering dimainakan oleh kalangan rakyat biasa dan golongan istana pada masa lapang mereka. Permainan ini dipercayai mempunyai kaitan di antara semangat angin dan langit. Permainan ini juga dikenal dengan teraju tiga dan layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung.


http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm




June 28, 2008

Perasaan dan Reaksi

Hari ini kami ditugaskan untuk membuat blog tentang permainan tradisional bangsa melayu. Saya sangat terperanjat kerana ini adalah pertama kalinya saya membuat blog. Saya tidak faham dengan cara-cara penggunaan blog. Saya berasa sedikit takut kerana cikgu-cikgu saya berkata bahawa latar belakang blog juga akan mempengaruhi penilaian daripada blog saya ini. Saya belum faham cara mengganti latar belakang blog jika saya ingin menggunakan gambar saya sendiri.Kami juga disarankan untuk menuliskan paling sedikit 12 entri dalam masa 1 bulan. Saya agak sedikit khawatir jika nantinya saya akan menemukan sedikit kesukaran dalam membuat blog ini kerana saya tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang permainan tradisional bangsa melayu ini.